Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia, Tel: 604-7320163 Fak: 604-7320164

Hubungi KamiBantuanSoalan LazimPeta LamanA - Z IndexMaklumbalasLogin
 
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan
    • Organisasi
      • Tuanku Canselor
      • Pro Canselor
      • Pengerusi
      • Rektor
      • Dekan
    • Moto, Falsafah & Misi
    • Objektif
    • Perakuan Akreditasi
    • Lokasi
    • Kemudahan
    • Yuran
  • GERBANG MAKLUMAT
    • Bakal Pelajar
      • Permohonan Online
      • Latar Belakang
      • Kenapa Memilih INSANIAH
      • Kemudahan
      • Lokasi Kampus
      • Program Pengajian
        • Pascasiswazah
        • Ijazah Sarjana Muda
        • Diploma
        • Asasi
        • Sijil
    • Pelajar Semasa
      • Jadual Waktu Kulliyyah Semester 1 Sesi 2010/2011
      • Kalendar Akademik
      • Portal Pelajar
      • Perpustakaan INSANIAH
      • Kegiatan Ko-Kurikulum
        • Kursus Yang Ditawarkan
      • Penajaan Pelajar
      • Pelajar Antarabangsa
    • Staf
      • Email Staf
    • Pelawat
      • Latar Belakang INSANIAH
      • Lokasi Kampus
  • PENTADBIRAN
    • Kalendar Akademik
    • Jabatan Pendaftar
    • Jabatan Bendahari
    • Jabatan Perpustakaan
    • Pusat Teknologi Maklumat
  • KULLIYYAH & PENGAJIAN
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Arab
    • Al-Quran
    • Muamalat
    • Multimedia & Kreativiti
    • Kejuruteraan & Teknologi
    • Program Perubatan
    • Pusat Pengajian Umum
    • Pusat Bahasa / insan fasih
    • Pusat Kecemerlangan Global
    • Pusat Pengajaran & Pembelajaran
    • Program Integrasi Insan (Al-Quran)
  • Gallery
 
Home GERBANG MAKLUMAT Bakal Pelajar Program Pengajian Diploma

Bahasa / Language

  • English
  • Bahasa Melayu
Malay Afrikaans Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) English French German Hindi Indonesian Japanese Thai Turkish
PDF Cetak Email
Kamis, 15 Oktober 2009 07:01

 

 

| PENGENALAN | VISI & MISI | OBJEKTIF | FALSAFAH | KELAYAKAN KEMASUKAN |

| PROGRAM YANG DITAWARKAN | TEMPOH PENGAJIAN | YURAN | STAF |

 

Pengenalan

Pada era globalisasi kini,penghafaz amat diperlukan demi menjaga kesucian dan keutuhan al-Quran. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk melahirkan lebih ramai ahlul Quran yang mampu bersaing dalam dunia penuh men cabar ini. Oleh itu, Kuin telah menubuhkan kulliyyah al-Quran pada sesi 2004/2005. Program ini merupakan I kesinambungan daripada Maahad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kedah pada tahun 1985 dan diletakkan di bawah KUIN pada tahun 2001. Program Diploma Kulliyyah al-Quran yang ditawarkan pada masa ini dapat menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berakhlak mulia, mahir dan professional dalam bidang al-Quran serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Menghafaz al-Quran merupakan salah satu bidang agama islam sejak zaman Rasulullah SAW dan dengan cara tersebut juga ianya diwarisi oleh para ulama’. Para graduan juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekaligus mampu memainkan peranan sebagai pendakwah akademikus Islam, pendidik dan pentadbir yang cekap serta efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan Negara. Usaha-usaha untuk melahirkan graduan-graduan yang berkemahiran dalam bidang tahfiz al-Quran ini merupakan antara usaha yang terbaik dan mulia di sisi Allah SWT.

VISI

 

  • Membentuk para huffaz, Qurra’ dan Du’at yang berjaya dan berwibawa serta mampu mengamalkan ilmu ke arah kehidupan di dunia dan di akhirat.

MISI

 

  • Mendidik dan melahirkan huffaz, Qurra’ dan Du’at yang mampu menguasai bidang al-Quran dan Qiraat serta menjadi contoh kepada masyarakat.

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan golongan yang berpengetahuan islam dan berkemahiran professional menghayati Islam.
  • Melahirkan Huffaz,Qurra’ dan Du’at yang mahir serta berkterampilan selaras dengan keperluan ummah.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang bertaqwa serta berakhlak mulia di dalam masyarakat.

ke atas

FALSAFAH

  • Melahirkan generasi yang cintakan al-Quran serta berilmu dan beramal untuk memanfaatkan ilmu kepada masyarakat serta menjadi qudwah hasanah.

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran

 Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al- Qiraat

 

ke atas

 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran  Dan al-Qiraat

 

 Objektif Kursus Pengajian

 

  • Menawarkan program pendidikan yang seimbang  bagi  melahirkan  graduan  dan

 intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu,

beramal dan bertaqwa.

 

  • Dapat melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu Qiraat, ilmu tarannum, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran, ilmu al-Hadith, akidah, dakwah dan pemikiran serta falsafah Islam.

 

  • Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik khususnya dalam bidang al-Quran demi kepentingan ummah.

 

  • Menjadi pemimpin yang mampu menjana umat berpandukan kemahiran-kemahiran dan kepandaian kepelbagaian ilmu menuju kepada pembudayaan al-Quran sebagai teras dalam kehidupan.

 

  • Dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam dan diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang berwibawa selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara.

 

 

 

 Hasil Pembelajaran (learning outcomes) kursus pengajian

 Di akhir kursus pengajian ini, pelajar dapat :

 

  • Mengetahui, mengenal dan mengamalkan pembacaan al-Quran secara tepat dengan proses pembelajaran yang berteraskan ilmu talaqqi dan mushafahah serta dapat membaca dengan penggunaan alunan lagu-lagu al-Quran yang muktabar demi memartabatkan al-Quran sebagai kekuatan mental dan fizikal ummat serta menanamkan minat masyarakat pelajar terhadap ilmu-ilmu al-Quran.
  • Memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terhadap maklumat-maklumat dalam al-Quran serta kekhilafan wajah-wajah bacaan serta mengkaji ilmu yang berkaitan bagi membantu memperkasakan kemantapan penguasaan ilmu-ilmu islam dalam bidang pengajian ilmu hafazan al-Quran serta ilmu-ilmu pembacaannya yang diperolehi daripada mata pelajaran-mata pelajaran teras.
  • Mengetahui, memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terdapat pendapat-pendapat Qurra’  dalam ilmu khilaf bacaan, usul Qiraat, perkaitan dengan ilmu tafsir yang diperolehi daripada kursus-kursus elektif program.
  • Membaca, menulis, mendengar dan berlafaz dalam mengikut lahjah al-Quran mengikut fasahah Bahasa Arab hasil latihan daripada kursus yang ditawarkan dan juga menekankan kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran kursus-kursus teras program.
  • Memantapkan penjagaan hafazan al-Quran supaya menyelamatkan umat Islam dari penentuan hukum fardhu kifayah terhadap pemeliharaan al-Quran dalam dada-dada insan muslim agar ianya tetap terpelihara dari kehilangan, kepupusan dan kelupusannya.
  • Menggunakan Bahasa Inggeris yang standard dan praktikal dalam muamalah seharian selain mampu mencipta kerja dalam bidang keusahawanan hasil latihan kursus teras universiti
  • Memantapkan kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi teknologi maklumat dalam kerja seharian.
  • Meyakini akidah islamiyyah yang benar dalam menjana keimanan dan ketaqwaan, menerangkan dan mengaplikasi hukum-hukum serta syariat Islam, berakhlak dan berperibadi sejajar dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, dan mengaplikasi segala kemahiran hidup yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.

 

 Bahasa Pengantar


 Bahasa Arab / Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris

 

 

 Kaedah Pengendalian Kursus

 

Kuliah ( teori )

Bilangan pelajar dalam setiap kuliah kecil supaya kuliah dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Kuliah bagi matapelajaran dalam kursus ini disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan masing-masing.

 

 

Tutorial

Pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil terutamanya dalam kursus tahfiz al-Quran, kursus ilmu tarannum, kursus bahasa Inggeris, bahasa arab yang akan dikendalikan pensyarah atau pembantu pensyarah secara bersemuka dan bersistematik. Perbincangan akan menjadi lebih fokus dan komprehensif daripada kedua-dua belah pihak.

 

Kerja Kursus

Pelajar juga dikehendaki menyedia dan menyiapkan kerja-kerja kursus tertentu. Penilaian kerja kursus ini dimasukkan di dalam prestasi kejayaan pelajar.

 

 Taraf Pelaksanaan

Dikendalikan sendiri oleh Kulliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Kemampuan tenaga akademik dan infrastruktur KUIN menjamin kelancaran pelaksanaan perjalanan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat ini.

 

Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan sendiri dengan gabungan kerjasama semua tenaga akademik yang terlibat mempunyai kepakaran dan berkelayakan.


 Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al- Qiraat

 

 Objektif Umum:

 

Menyokong pencapaian matlamat Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam bertaraf dunia dan menawarkan pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ berilmu, beramal dan bertaqwa. Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ini diharap dapat melahirkan intelek muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu qiraat, ilmu tarannum, ilmu al-hadith, akidah, dakwah dan pemikiran serta falsafah Islam. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekaligus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan Islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisen selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

 

 Objektif Khusus:

  •   Menawarkan program pendidikan yang seimbang bagi melahirkan graduan dan intelek yang mampu berperanan sebagai ulama’ dan profesional Islam yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
  •   Membantu membangunkan ummah yang berilmu serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan aqidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah.
  •   Melahirkan insan intelek yang berkemahiran tinggi dalam ilmu-ilmu pembacaan al-Quran yang sekaligus meminimumkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat Islam di tanah air.
  •   Menjalankan penyelidikan dan perundingan untuk pembangunan ilmu Islam dan insan demi kepentingan ummah.
  •   Membina khazanah ilmu yang berteraskan Islam dan menyebarkan ilmu tersebut untuk dimanfaatkan oleh masyarakat.
  • Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi terkini dalam semua aspek pembelajaran, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan lain-lain aktiviti akademik.

 

 

 Hasil Pembelajaran (learning outcomes) kursus pengajian

 

Di akhir kursus pengajian ini, pelajar dapat :

  • Mengetahui, mengenal dan mengamalkan pembacaan al-Quran secara tepat dengan proses pembelajaran yang berteraskan ilmu talaqqi dan musyafahah serta dapat membaca dengan penggunaan alunan lagu-lagu al-Quran yang muktabar demi memartabatkan al-Quran sebagai kekuatan mental dan fizikal umat serta menanamkan minat masyarakat pelajar terhadap ilmu-ilmu al-Quran yang mepunyai kemukjizatan yang tidak tercapai dengan kudrat pemikiran manusia yang serba terbatas.
  • Memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terhadap maklumat-maklumat dalam al-Quran serta kekhilafan wajah-wajah bacaan serta mengkaji ilmu yang berkaitan bagi membantu memperkasakan kemantapan penguasaan ilmu-ilmu islam dalam bidang pengajian ilmu hafazan al-Quran serta ilmu-ilmu pembacaannya yang diperolehi daripada mata pelajaran-mata pelajaran teras.
  • Mengetahui, memahami, menganalisis, mengaplikasi, mensintesis dan membuat penilaian terdapat pendapat-pendapat Qurra’ dalam ilmu khilaf bacaan, usul Qiraat, perkaitan dengan ilmu tafsir yang diperolehi daripada kursus-kursus elektif program.
  • Membaca, menulis, mendengar dan berlafaz dalam mengikut lahjah al-Quran mengikut fasahah Bahasa Arab hasil latihan daripada kursus yang ditawarkan dan juga menekankan kedudukan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran kursus-kursus teras program.
  • Menggunakan Bahasa Inggeris yang standard dan praktikal dalam muamalah seharian selain mampu mencipta kerja dalam bidang keusahawanan hasil latihan kursus teras universiti
  • Kemahiran menggunakan komputer dan aplikasi teknologi maklumat dalam kerja seharian.
  • Meyakini akidah Islamiyyah yang benar dalam menjana keimanan dan ketaqwaan, menerangkan dan mengaplikasi hukum-hukum serta syariat Islam, berakhlak dan berperibadi sejajar dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah, dan mengaplikasi segala kemahiran hidup yang diperolehi daripada kesepaduan pembelajaran kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan oleh KUIN.

Bahasa Pengantar

 

Bahasa Arab / Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris


Kaedah Pengendalian Kursus

Kuliah ( teori )

Bilangan pelajar dalam setiap kuliah kecil supaya kuliah dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi. Kuliah bagi matapelajaran dalam kursus ini disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Tutorial

Pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil terutamanya dalam kursus Tahfiz al-Quran yang akan dikendalikan pensyarah atau pembantu pensyarah secara talaqqi dan musyafahah. Perbincangan akan menjadi lebih fokus dan komprehensif daripada kedua-dua belah pihak.

Kerja Kursus

Pelajar juga dikehendaki menyedia dan menyiapkan kerja-kerja kursus tertentu. Penilaian kerja kursus ini dimasukkan di dalam prestasi kejayaan pelajar.

Taraf Pelaksanaan

Dikendalikan sendiri oleh Kulliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Kemampuan tenaga akademik dan infrastruktur KUIN menjamin kelancaran pelaksanaan perjalanan program Diploma Tahfiz Wa al-Qiraat ini.

Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan sendiri dengan gabungan kerjasama semua tenaga akademik terlibat yang mempunyai kepakaran dan berkelayakan.

KELAYAKAN KEMASUKKAN

Diploma

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, atau
  • Kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat
  • Lulus ujian temuduga yang dikendalikan oleh Kulliyyah Quran

Ijazah Sarjana Muda

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
  • Lulus sijil-sijil lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia dan diperakui oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal sekurang-kurangnya dalam 2 matapelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohon, atau
  • Lulus Matrikulasi atau setaraf sekurang-kurangnya (NGMP 2.00) dan diluluskan oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma Tahfiz Wa al-Qiraat dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat Kolej Universiti Insaniah, dan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (kepada warganegara Malaysia sahaja)

 

Tempoh Pengajian:

Semester

6 semester penuh ( minimum ),

8 semester penuh ( maksimum).

Tahun

3 Tahun - 4 Tahun

 

 

STAF KULLIYYAH AL-QURAN 

NAMA
JAWATAN
EMAIL
NO.FON

PROF. MADYA DR. AZHARUDDIN BIN SAHIL

DEKAN
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374386

MOHAMMAD IDRUS B. ISMAIL

TIMB. DEKAN
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374393

ABDUL WAHID B. SHAARI

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374394

MAT RANI B. ABDUL MANAF

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374387

ZAMZURI B. ZAINOL ABIDIN

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374389

KADRI B. ABDUL HAMID

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374390

ABD. NASER B. ISMAIL

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374392

MOHAMAD HAZLI BIN ISMAIL

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374365

MOHAMAD ZAKI BIN ABDUL HAMID

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374339

HAMZAH BIN MOKHTAR

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374333

KU SHAHRUZAMAN BIN KU OTHMAN

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374366

MUHAMMAD NIZAM BIN RADZALI

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374367

ABD. MALIK BIN CHE HAAT

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374367

KHAIRUL ANUAR B. KASSIM

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374367

NOOR HAKIMI BT. HASHIM

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374400

SITI SHUKRIAH BT MD ISA

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374400

NOR HAFIZAH BT TERMEZE

PENSYARAH
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374400

PEJABAT KULLIYYAH

HALIMATUN SAADIAH BINTI HAMDAN

PEMBANTU TADBIR
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374387

NORSALINA BT. MOHAMAD NORLIN

PEMBANTU TADBIR
This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it

04-7374387

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAST_UPDATED2
 

PENAFIAN : Kolej Universiti Insaniah (KUIN)  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3 dan IE 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Copyright © 2006-2010 Kolej Universiti Insaniah