Kolej Universiti Insaniah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia, Tel: 604-7320163 Fak: 604-7320164

Hubungi KamiBantuanSoalan LazimPeta LamanA - Z IndexMaklumbalasLogin
 
  • UTAMA
  • MENGENAI KAMI
    • Pengenalan
    • Sejarah Penubuhan
    • Organisasi
      • Tuanku Canselor
      • Pro Canselor
      • Pengerusi
      • Rektor
      • Dekan
    • Moto, Falsafah & Misi
    • Objektif
    • Perakuan Akreditasi
    • Lokasi
    • Kemudahan
    • Yuran
  • GERBANG MAKLUMAT
    • Bakal Pelajar
      • Permohonan Online
      • Latar Belakang
      • Kenapa Memilih INSANIAH
      • Kemudahan
      • Lokasi Kampus
      • Program Pengajian
        • Pascasiswazah
        • Ijazah Sarjana Muda
        • Diploma
        • Asasi
        • Sijil
    • Pelajar Semasa
      • Jadual Waktu Kulliyyah Semester 1 Sesi 2010/2011
      • Kalendar Akademik
      • Portal Pelajar
      • Perpustakaan INSANIAH
      • Kegiatan Ko-Kurikulum
        • Kursus Yang Ditawarkan
      • Penajaan Pelajar
      • Pelajar Antarabangsa
    • Staf
      • Email Staf
    • Pelawat
      • Latar Belakang INSANIAH
      • Lokasi Kampus
  • PENTADBIRAN
    • Kalendar Akademik
    • Jabatan Pendaftar
    • Jabatan Bendahari
    • Jabatan Perpustakaan
    • Pusat Teknologi Maklumat
  • KULLIYYAH & PENGAJIAN
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Arab
    • Al-Quran
    • Muamalat
    • Multimedia & Kreativiti
    • Kejuruteraan & Teknologi
    • Program Perubatan
    • Pusat Pengajian Umum
    • Pusat Bahasa / insan fasih
    • Pusat Kecemerlangan Global
    • Pusat Pengajaran & Pembelajaran
    • Program Integrasi Insan (Al-Quran)
  • Gallery
 
Home Panduan Kemasukan

Bahasa / Language

  • English
  • Bahasa Melayu
Malay Afrikaans Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) English French German Hindi Indonesian Japanese Thai Turkish

Program

  • Permohonan Online
  • Program Ditawarkan
  • Panduan Kemasukan
  • Syarat Kemasukan
  • Pascasiswazah
    • Kelayakan Kemasukan & Borang Permohonan
    • PhD
      • Usuluddin
      • Bahasa Arab
      • Syariah
      • Kewangan dan Perbankan Islam
    • Master
      • Usuluddin
      • Bahasa Arab
      • Syariah
      • Kewangan dan Perbankan Islam
    • MIFB (online) Program
    • E-Learning
  • Ijazah Sarjana Muda
    • Usuluddin
      • Ijazah Usuluddin
      • Master Usuluddin
      • PhD Usuluddin
    • Syariah
      • Ijazah Syariah
      • Master Syariah
      • PhD Syariah
    • Bahasa Arab
      • Ijazah Bahasa Arab
      • Master Bahasa Arab
      • PhD Bahasa Arab
    • Tahfiz Al-Qur'an
    • Perakaunan
    • Teknologi Maklumat
    • Pengurusan Perniagaan
    • Multimedia Kreatif
    • Grafik Multimedia
    • Web Televisyen
    • Kejuruteraan Elektronik
    • Kejuruteraan Sistem Komputer
    • Kejuruteraan Telekomunikasi
    • Teknologi Komputer
    • Program Perubatan
  • Diploma
    • Tahfiz Al-Quran Wa Al-Qiraat
    • Perakaunan
    • Teknologi Maklumat
    • Pengurusan Perniagaan
    • KREATIF MULTIMEDIA
    • Senireka Grafik
    • Video Digital
    • Insurans Islam
    • Perbankan Islam
    • Pengurusan Hotel & Perkhidmatan Halal
    • Kejururawatan
  • Asasi
PDF Cetak Email
Ditulis oleh Kolej Universiti Insaniah   
Kamis, 15 April 2010 01:50

PANDUAN KEMASUKAN
JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK
PENGENALAN

Kolej  Universiti Insaniah (KUIN) adalah  universiti milik Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia [KPT/JPS/DFT/US/K03]

Insaniah yang dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) telah dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti Insaniah pada 15 Mei 2006.

Insaniah bercita-cita menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang agama dan profesional kearah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Kesepaduan tenaga akademik dari dalam dan luar Negara menarik minat ramai pelajar tempatan dan antarabangsa seperti Republik Rakyat China, Iraq, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, India dan lain- lain.

1. SYARAT TAWARAN KEMASUKAN

TAWARAN KEMASUKAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT BERIKUT:

  1. Pengesahan oleh Senat Kolej Universiti.

 

2.     Pihak KUIN berhak menjalankan apa-apa ujian pengesahan dadah pada bila-bila masa selama tempoh anda menjadi pelajar KUIN. Jika anda didapati positif dadah semasa pemeriksaan, sama ada semasa pendaftaran atau semasa dalam pengajian, maka secara automatik status anda sebagai pelajar KUIN ini akan digugurkan.

  1. Bahawa tiada kesilapan berlaku tentang kelayakan minimum yang diperolehi oleh anda untuk diterima masuk ke KUIN.

 

  1. Bahawa tiada maklumat yang tidak benar diberikan atau dirahsiakan semasa membuat permohonan masuk ke KUIN.

4.     Selama tempoh pengajian di KUIN, anda hendaklah:
4.1   Patuh kepada Undang-undang Negara dan Peraturan - peraturan KUIN yang berkuatkuasa.
4.2   Sentiasa memelihara nama baik KUIN dan menjaga harta benda serta  kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa juga;
4.3   Menghormati Para Pegawai dan Pensyarah KUIN;
4.4   Mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan INSANIAH seperti memulau kuliah dan sebagainya;
4.5   Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Asrama serta patuh kepada peraturan asrama;
4.6   Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, sukan, sosial, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang dilaksanakan;
4.7   Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh KUIN;
4.8   Patuh kepada peraturan pakaian serta lain-lain batasan mengikut landasan yang dibolehkan oleh agama.
Insaniah berhak menarik balik tawaran ini atau menyingkir anda sebagai pelajar KUIN pada mana-mana peringkat pengajian.

5. Jika anda menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik balik penerimaan ini selepas anda mendaftar, bayaran balik kepada anda adalah tertakluk kepada Peraturan Kewangan yang berkuatkuasa.

6. Jika anda menerima tawaran ini, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya mendaftar diri di Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Star, Kedah pada masa yang telah dinyatakan di dalam surat tawaran.

7. Sekiranya anda tidak mendaftar seperti perkara 7 dan tidak menghubungi Unit Kemasukan, Jabatan Hal Ehwal Akademik KUIN dengan alasan yang munasabah secara bertulis di dalam tempoh tujuh (7) hari bermula dari tarikh pendaftaran, nama anda akan digugurkan daripada senarai nama pelajar yang ditawarkan.

8. Jika anda menerima tawaran ini, anda tidak dibenarkan menukar program yang ditawarkan dan tawaran ini adalah muktamad.

9. Anda adalah diwajibkan untuk mengikuti Minggu Silaturrahim dan Kursus Intensif mengikut jadual yang ditetapkan.

2.    PERSEDIAAN AWAL MENERIMA TAWARAN

Jika saudara/saudari membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini, saudara/saudari perlu mengambil tindakan berikut:

1. Dokumen yang perlu disediakan:
1.1.   Mengisi borang-borang yang dilampirkan di dalam Buku Maklumat Pelajar.(warna putih)
1.2.   Membuat persediaan untuk melaporkan diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan pada Surat Tawaran Kemasukan.
1.3.   Menyediakan maklumat lengkap untuk memudahkan urusan pengisian borang PTPTN (warganegara Malaysia sahaja) dan membuat 2 salinan (fotostat) seperti berikut:
i.  Salinan Kad Pengenalan
ii.  Salinan Kad Pesara/Borang J/Pengesahan Pendapatan Ibubapa
iii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke KUIN.
iv. Salinan Keputusan SPM/STAM/STPM/Diploma/Matrikulasi
1.4.  Semua salinan hendaklah ditandatangani dan dicop pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan Profesional (Kumpulan A) / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK.
1.5. Menyediakan 5 keping gambar terbaru berukuran passport untuk diserahkan pada hari pendaftaran.

3. Program Minggu Silaturrahim
3.1.   Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi program Minggu Silaturrahim yang telah diatur.
3.2.       Kegagalan saudara/saudari menghadiri program Minggu Silaturrahim dengan sepenuhnya akan menyebabkan saudara/saudari gagal untuk mengikuti pengajian semester pertama bagi sesi tersebut.
3.3.   Penginapan, makan dan minum akan disediakan sepanjang tempoh Minggu Silaturrahim.
3.3.   Bayaran yuran boleh dibuat terus kepada Bank Islam Malaysia Berhad. Salinan Slip ini perlu diserahkan pada Hari Pendaftaran kepada pihak KUIN sebagai bukti bayaran.

 

PERSEDIAAN PAKAIAN DAN KEPERLUAN LAIN


PELAJAR LELAKI

PELAJAR PEREMPUAN

PAKAIAN RASMI PELAJAR

HARI PENDAFTARAN DAN MINGGU SILATURRAHIM

1. Baju Kemeja Lengan Panjang (Putih)

(Bertali Leher)

1. Baju Kurung Biasa / Jubah

2. Seluar Panjang (warna gelap)

2. Tudung putih

3. Kasut Sepatu Hitam

3. Kain Sarung

4. Stokin

4. Kasut

5. Songkok Hitam

5. Stokin

AKADEMIK

(Bilik Kuliah, Tutorial dan Perpustakaan)

1. Baju Kemeja Lengan Panjang (Bertali Leher)

1. Baju Kurung / Jubah

2. Seluar Panjang (warna gelap)

2. Tudung

3. Kasut Sepatu Hitam

3. Kain Sarung

4. Stokin

4. Kasut

5. Songkok Hitam

5. Stokin

KEPERLUAN ASRAMA

1. Sarung Bantal (2’2” x 1’5”)

1. Sarung Bantal (2’2” x 1’5”)

2. Songkok Hitam

2. Telekong

3. Sejadah

3. Sejadah

4. Al-Quran

4. Al-Quran

5. Al-Ma’thurat

5. Al-Ma’thurat

6. Selimut

6. Selimut

7. Bantal

7. Bantal

8. Cadar

8. Cadar

9. Selipar

9. Selipar

10.Lain-lain keperluan peribadi

10. Lain-lain keperluan peribadi

PAKAIAN SUKAN

1. Baju “T” Putih

1. Tudung

2. Seluar Panjang Sukan Hitam

2. Baju “T” Putih (Lengan Panjang) & Labuh Paras Lutut

3. Stokin

3. Seluar Panjang Sukan Hitam

4. Kasut yang sesuai

4. Kasut yang sesuai

5. Stokin

 

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya saudara/saudari memerlukan maklumat lanjut tentang tawaran kemasukan ini, sila hubungi pegawai- pegawai berikut:

Tawaran Kemasukan
Encik Mohd Nurulhisyam B. Mustapa
Penolong Pendaftar
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Kolej Universiti Insaniah
Tel.  :  04-737 4421/04-7374331

Minggu Silaturrahim
Encik Mohd. Baihakhi bin Haji Hassan
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Kolej Universiti Insaniah
Tel.   : 04-737 4317

Kebajikan Pelajar
Encik Asri bin Abdul
Penolong Pegawai Tadbir
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Kolej Universiti Insaniah
Tel.  : 04-737 4314

Yuran/Bayaran
Puan Hasliza binti Abu Hasan
Penolong Akauntan
Jabatan Bendahari
Kolej Universiti Insaniah
Tel.  :  04-737 4308

LAST_UPDATED2
 

PENAFIAN : Kolej Universiti Insaniah (KUIN)  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3 dan IE 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Copyright © 2006-2010 Kolej Universiti Insaniah